Nuffnang Ads

Rabu, 26 Oktober 2011

CIntA...

Cinta itu...

Adalah kesabaran kerana kita akan mudah terluka oleh orang yang kita cintai. Semakin besar cinta kita kepadanya semakin perit dan terluka hati kita akibat daripada perbuatannya. ALLAH SWT membentuk dan melatih kita melalui luka dan derita, bukan kepada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan dan kesabaran yang mampu kita miliki untuk menjalani kehidupan ini.

Cinta itu..

Adalah kesabaran.Cinta dan kesabaran adalah 2 elemen penting didalam sesuatu perhubungan. Bersabarlah dengan pasangan anda kerana anda tentu sangat menyayangi pasangan anda... Siapa yang tak sayang kepada suami@isteri dia kan...betul tak ?

Di dalam sebuah rumah tangga, kecintaan kita kepada pasangan kita perlu dilandaskan kepada kecintaan kita kepada ALLAH SWT, maka ALLAH SWT akan melimpahkan keberkatan dan kebahagiaan sepanjang hayat...insya-ALLAH.Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda , "Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi sebuah keluarga maka Allah memasukkan rasa kelembutan di dalam diri mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan